Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami

Penceramah ilmu360°

Disahkan

Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami

Malaysia

Skrol untuk membaca
Al-Fadhil Ustaz Azahar bin Hashim Al-Hadrami berasal dari Slim River, Perak. Sekarang menetap di Subang Bestari, Shah Alam dan sering mengadakan kelas pengajian kitab-kitab turath (Tauhid, Fekah dan Tasauf) di rumah beliau pada setiap hari Ahad bermula jam 9:00 pagi. Ahli jemaah beliau dikenali sebagai Majlis Ta’lim Rahmatan lil Álamin.Beliau mendapat pendidikan awal di Slim River dan pada usia 18 tahun meneruskan pelajaran di Pondok Al-Misbahul Falah Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, Baling, Kedah Darul Aman di bawah asuhan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih dari tahun 1985 hingga 1988. Setelah itu beliau terus menyambung pengajian di Maahad Al-’Ulum Ad-Diniah Al-Islamiah, Bendang Badam, Pattani Darussalam di bawah bimbingan Tuan Guru Baba Abdullah.Sekembalinya beliau dari Pattani, beliau telah bertugas sebagai  tenaga pengajar di Pondok Derang(Maahad Tarbiyyah Islamiah), Pokok Sena,Kedah Darul Aman. Selepas itu beliau telah berangkat ke Tarim, Hadhramaut, Yaman untuk menimba ilmu dari barisan Ulama’ Salafus Soleh Ahlul Bait di Dar’al Mustofa di bawah kelolaan Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.Sekembalinya beliau dari Tarim pada awal 2005, beliau bersama isteri dan lima anak beliau  telah berhijrah ke Selangor dan mula menyumbangkan ilmu dan berdakwah di seluruh pelusuk negeri. Di antara usaha terkini Ustaz Azahar adalah memperkenalkan kitab-kitab turath di media massa dan dengan kerjasama Khazanah Fathaniyah (yang diasaskan oleh Al-Marhum Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah Al-Fathoni) dan RTM; beliau telah terpilih untuk membahaskan Kitab Faridatul Faraid karangan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani untuk rancangan Ulama’ Turath yang insyaAllah telah disiarkan sebanyak 36 episod di RTM1.

0

Majlis akan datang

1

Majlis lepas

Kongsi

Jadual Penceramah

Majlis Akan Datang

Majlis yang dijadualkan menampilkan penceramah ini.

Semua Hari ini Esok Minggu ini Hujung minggu Minggu depan Bulan ini Bulan depan
Tentukan tarikh
Pilih tarikh mula dan tarikh akhir untuk menapis majlis akan datang.
Tarikh mula
Tarikh akhir

Belum ada majlis akan datang

Ikuti penceramah ini untuk mengetahui apabila jadual majlis baharu diterbitkan.

Arkib Penglibatan

Majlis Lepas

1